VISI KORPORAT

Untuk menjadi syarikat perancangan dan pengurusan harta secara syariah yang utama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan peribadi (Personalized Service) cemerlang dengan menyebarkan maklumat yang telus, tepat dan mudah kepada masyarakat.

MISI KORPORAT

Memberikan perkhidmatan perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah yang KOMPREHENSIF dari segi undang-undang, PANTAS dari segi penyelesaian dan MUDAH dari segi proses dan kos kepada pelanggan dan waris.

NILAI KORPORAT

Bekerja kerana Allah S.W.T
  • Wasiyyah Shoppe berpegang teguh kepada pendirian bahawa penglibatan kami di dalam industri perancangan harta secara Syariah pada hari ini adalah sebahagian dari ibadat Fardhu Kifayah. Segala usaha, tenaga dan masa yang dibuat tidak lain hanya semata-mata kerana Allah SWT. Kami yakin dan percaya bahawa Allah SWT akan sentiasa memberkati usaha yang dilakukan oleh hambaNya yang ikhlas dan jujur.
Cekap dan Pantas
  • Wasiyyah Shoppe akan meneruskan usaha melaksanakan segala urusan pelanggan dengan lebih cekap dan pantas di samping bersaing dengan lebih sihat di pasaran tempatan dan global. Ini adalah jaminan mutu perkhidmatan terbaik yang akan diberikan oleh Wasiyyah Shoppe kepada semua pelanggannya.
Amanah
  • Wasiyyah Shoppe mengambil pendirian bahawa segala urusan pelanggan adalah amanah yang mesti dilaksanakan dengan penuh komited dan sempurna. Pastinya, Sebagai sebuah organisasi yang beroperasi sepenuhnya mengikut Konsep Syariah, amanah dari pelanggan adalah keutamaan kami.
Telus dan Tepat
  • Wasiyyah Shoppe menganggap bahawa semua pelanggan adalah individu yang bijaksana dari aspek membuat pertimbangan terbaik mengenai kemahuan dan keperluan perancangan harta. Bagi membolehkan pelanggan mampu membuat keputusan tepat, maklumat yang telus dan tepat akan diberikan oleh Wasiyyah Shoppe.
Cemerlang dalam Perkhidmatan Pelanggan
  • Wasiyyah Shoppe percaya dan yakin bahawa satu-satunya cara untuk memastikan kesetiaan pelanggan ialah dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Wasiyyah Shoppe akan berusaha semaksima mungkin di dalam kapasitinya untuk mencapai matlamat ini.
4430_bm