SULAIMAN1

BIODATA TN HJ. SULAIMAN BIN KADIMI

Dilahirkan di Parit Raja, Batu Pahat Johor pada 9hb Ogos 1953, Tn Hj Sulaiman Kadimi berkelulusan B.A Economics (Universiti Malaya) pada tahun 1976 dan D.P.A (Lanjutan) dari universiti yang sama pada tahun 1984. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Kota Bharu Kelantan dari tahun 1976-1977 sebelum kemudiannya bertugas di Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai Pegawai Perangkaan dari tahun 1977-1980.

Kerjaya di dalam bidang pengurusan harta pusaka bermula pada tahun 1980 apabila beliau mula bertugas sebagai Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka di Kuala Selangor. Pada tahun 1985, beliau bertugas di Pejabat Pesaka Kecil Wilayah Persekutuan sebelum bertukar pula ke Pejabat Pesaka Kecil Kuala Pilah dan Seremban sehingga tahun 2000.

Kecemerlangannya membawa beliau kepada jawatan Ketua Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka Negeri Sembilan dari tahun 2000 – 2005. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah sebagai Ketua Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka Negeri Pahang pada tahun 2011. Pengalaman pengurusan pusaka selama 31 tahun itu kini digunakannya bagi mempercekap dan memantapkan proses pengurusan harta pusaka pelanggan Wasiyyah Shoppe.