Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

Webmail Login

Untuk mendapat berita-berita terkini dari Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd

Nama
Email
 
Program Perunding Profesional Mawarith

|| Halaman Utama / Artikel Pilihan

Hari ini kita bekerja bertungkus-lumus mengumpulkan harta dan kekayaan seperti wang tunai yang kita simpan di akaun simpanan di bank, ASN, ASB, akaun pelaburan saham amanah yang lain, akaun di Lembaga Tabung Haji dan sebagainya. Kita juga telah berusaha gigih membeli hartanah seperti rumah, kondominium, apartment dan tanah. Untuk siapakah harta-harta ini hendak kita tinggalkan ? Pastinya untuk insan tercinta seperti anak-anak dan pasangan. Malah mungkin juga untuk individu tertentu yang kita sayangi seperti anak angkat, cucu, anak saudara dan sebagainya.

Tetapi tahukah anda……

Harta-harta yang anda tinggalkan ini mungkin TIDAK AKAN DITERIMA sepenuhnya oleh orang yang anda kehendaki ? Tahukah anda bahawa apabila seorang rakyat Malaysia beragama Islam meninggal dunia, ada 3 cabaran utama yang perlu dilalui oleh waris-warisnya ?

Cabaran Pertama

Proses pengurusan harta pusaka sering mencetuskan perbalahan dan rasa tidak puas hati di kalangan waris-waris. Bezanya, sama ada perbalahan itu adalah perbalahan yang besar sehingga putus saudara /  berbunuhan atau perbalahan kecil yang hanya melibatkan perasaan kecil hati atau tidak puas hati.

       

Mahukah anda keadaan ini berlaku kepada waris anda ? Anda yang sudahpun di alam barzakh mengharapkan belas kasihan dari waris untuk mendoakan roh anda tetapi waris anda di atas mukabumi sedang sibuk bercakaran di antara satu sama lain kerana merebutkan harta yang anda tinggalkan !

Cabaran Kedua

Anda fikir waris anda boleh bermuafakat dan boleh bertolak-ansur maka perbalahan tidak akan berlaku. Mungkin benar,  tetapi tahukah juga anda bahawa walaupun mereka tidak berbalah, tetapi apabila mereka ingin menuntut harta pusaka yang anda tinggalkan, mereka tetap mengalami kesulitan kerana mereka perlu melalui proses pengurusan harta pusaka di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Persoalannya, adakah mereka tahu dengan tepat prosedur yang mesti dilalui?

Kajian rambang kami menunjukkan 99 % waris tidak tahu ke mana harus mereka pergi dan apa yang perlu mereka buat. Adakah waris anda juga jatuh dalam golongan ini?

Mahukah anda meninggalkan waris anda terkial-kial mencari arah dan panduan bagi menuntut harta pusaka yang anda tinggalkan ?

Cabaran Ketiga

Oleh kerana proses yang perlu dilalui rumit dan melibatkan kedua-dua Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, jika waris anda tidak tahu strategi yang tepat, mereka terpaksa membayar kos pengurusan harta pusaka yang mahal.

Tahukah anda bahawa Akta Probet dan Pentadbiran 1959 memberikan hak kepada orang atau institusi yang menguruskan proses tuntutan harta pusaka untuk mengenakan caj sehingga 5 % dari nilai harta pusaka ? Tahukah juga anda bahawa kos ini tidak termasuk kos buka fail, kos guaman, kos carian, kos rampaian dan pelbagai kos-kos yang lain. Bayangkan, jika caj 5 % dikenakan dan anda meninggalkan harta bernilai RM 1 juta, kos pengurusan harta pusaka yang terpaksa ditanggung oleh waris anda ialah RM 50,000 !

Walaupun demikian, sekiranya anda menikmati manafaat produk pengurusan harta pusaka Wasiyyah Shoppe, ketiga-tiga cabaran ini dapat diatasi dengan mudah. Hubungi TELEWASIYYAH di talian 03-6257 9573 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

[Arkib Artikel Pilihan]

Artikel Maut Selepas Dimaki Hamun Artikel Anak Kemuka Tuntutan Harta Terhadap Ibu Kandung Article Prosedur Rumit Menyusahkan Isteri Keluar Simpanan ASB Suami

 

Kerjaya Sambilan

Senarai Francaisi Wasiyyah Shoppe

Francaisi di Johor.Francaisi di Kelantan
Francaisi di Pahang
Berminat untuk menjadi francaisi kami?

Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!!

 

 

 


Halaman Utama
| Webmail | Berita Aktiviti | Gambar Aktiviti | Borang Maklum Balas | Akademi Pewarisan Harta (APHIM)

Hakmilik terpelihara © 2009 Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd (651471-T)
No.1 Jalan 9/42 Taman Sejahtera Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur
Telefon : 603 6250 9573 | Faks : 603 6259 2853

Paparan Terbaik 1024 x 768 dan Menggunakan Internet Explorer (IE)7 Keatas

Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!!