|
|
 |
|| Halaman Utama / Profile Syarikat / Francaisi / Aktiviti
 |
AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
November 2009 |
| |
Crash Course
Kuala Lumpur, 14hb November 2009 -
Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd telah mengadakan satu kursus yang bertajuk "Crash Course". Kursus yang telah dihadiri oleh francaisi serta penggerak-penggerak yang berdaftar dengan Wasiyyah Shoppe dari seluruh negara telah hadir pada kursus yang diadakan selama satu hari bertempat di Dewan Seminar, Ibu Pejabat Wasiyyah Shoppe di Segambut, Kuala Lumpur.
 |
Oktober 2009 |
| |
Khemah Ibadat
Hulu Langat, 31 Oktober 2009 - Francaisi dan Perunding WasiyyahShoppe telah menghadiri program Khemah Ibadah di Kem Lambaiana, Hulu Langat. Program ini dianjurkan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dikalangan semua francaisi dan perunding dan untuk menetapkan nawaitu serta iltizam yang tepat kepada mereka. Program ini dianjurkan 2 kali dalam setahun dan diwajibkan kepada semua Francaisi serta Perunding.
 |
| |
Taklimat Perancangan Harta Pusaka Islam kepada Guru-guru Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu
Kuala Terengganu, 24 Oktober 2009 - Satu taklimat mengenai perancangan harta pusaka Islam telah diadakan kepada Guru-guru Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu. Taklimat tersebut telah diadakan di dewan sekolah tersebut dan telah disampaikan oleh CEO WSSB sendiri iaitu Encik Ariffin Sabirin. Turut serta pada pertemuan tersebut adalah Pengurus Francaisi Bangsar iaitu En Hamzah Kammapu.
 |
| |
Kunjungan dan Sesi Taaruf ke pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang
Penang, 21 Oktober 2009 - Wasiyyah Shoppe juga telah mengunjungi mufti negeri Pulau Pinang iaitu Y.Bhg. S.S Dato' Hj. Hassan b. Hj. Ahmad selepas pada kunjungan hormat ke pejabat exco kerajaan negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Pulau Pinang. Pada sesi pertemuan tersebut WSSB telah mengadakan satu sesi taaruf untuk memperkenalkan Wasiyyah Shoppe kepada Dato' Mufti yang telah disampaikan oleh CEO Encik Ariffin Sabirin. Turut serta pada pertemuan tersebut adalah Pengurus Francaisi Al-Hamdani di Kulim iaitu En Nasrul Hisyam Hassan dan En Sallehuddin Arif selaku Pengurus Bahagian Francaisi Wasiyyah Shoppe.
 |
| |
Kunjungan Hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
Penang, 21 Oktober 2009 - Wasiyyah Shoppe yang diketuai oleh CEO iaitu Encik Ariffin Sabirin telah membuat satu kunjungan hormat ke pejabat exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama iaitu YB Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim. Turut serta di dalam kunjungan tersebut adalah Pengurus Francaisi Al-Hamdani di Kulim iaitu En Nasrul Hisyam Hassan dan En Sallehuddin Arif selaku Pengurus Bahagian Francaisi Wasiyyah Shoppe.
 |
| |
Pembentangan Kertas Kerja Program Francais di MKM
Petaling Jaya, 20 Oktober 2009 - Satu ses taklimat dan pembentangan Kertas Kerja mengenai program francais telah diadakan di Maktab Kerjasama Malaysia di Petaling Jaya, Selangor. Pada sesi ini Wasiyyah Shoppe yang diketuai oleh CEO sendiri iaitu Encik Ariffin Sabirin telah menyampaikannya kepada para peserta yang telah dianjurkan bersama Maktab Kerjasama Malaysia (MKM).

|
| |
Crash Course
Kuala Lumpur, 10hb Oktober 2009 - Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd telah mengadakan satu kursus yang bertajuk "Crash Course" pada hari 10 Oktober 2009 iaitu hari Sabtu yang lalu. Kursus yang telah dihadiri oleh francaisi serta penggerak-penggerak yang berdaftar dengan Wasiyyah Shoppe dari seluruh negara telah hadir pada kursus yang diadakan selama satu hari bertempat di Dewan Seminar, Ibu Pejabat Wasiyyah Shoppe di Segambut, Kuala Lumpur.

|
September 2009 |
| |
Majlis Berbuka Puasa
Kuala Lumpur, 16hb September 2009 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di dewan seminar, ibu pejabat Wasiyyah Shoppe, Jalan Kuching, KL. Pada majlis yang telah diadakan ini, semua kakitangan serta beberapa francaisi dan penggerak telah menghadirkan diri. Turut serta pada majlis yang berkenaan adalah Dato Ahmad Khairummuzammil Mohd Yusof selaku Pengerusi Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.
|
| |
Taklimat Jabatan Mufti Johor
Johor Bahru, 7hb September 2009 - Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, En Ariffin Sabirin telah dijemput untuk memberikan taklimat khas mengenai isu harta pusaka orang Islam di Jabatan Mufti Johor. Sohibus Samahah Dato' Hj Mohd Tahrir bin Dato' Hj Shamsudin, Mufti Negeri Johor Darul Takzim turut menghadiri taklimat tersebut selama 2 jam.

|
| |
Seminar Perancangan Harta Pusaka
Ipoh, 15hb Ogos 2009 - UMNO Bahagian Tambun telah menjemput En Ariffin Sabirin, CEO Wasiyyah Shoppe untuk membentangkan kertas kerja di dalam Seminar Perancangan Harta Pusaka yang dianjurkan oleh UMNO bahagian tersebut. Lebih dari 80 orang yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung ( JKKK ), ketua kampung, ketua pemuda dan ahli jawatankuasa cawangan-cawangan di dalam Bahagian telah menghadiri seminar ini.
|
|
|
 |
|