Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

Webmail Login

Untuk mendapat berita-berita terkini dari Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd

Nama
Email
 
Program Perunding Profesional Mawarith

|| Halaman Utama / Kenapa Wasiyyah




nda mungkin bertanya diri sendiri, kenapa anda perlu berurusan dengan Wasiyyah Shoppe dan bukannya organisasi lain ? Pastinya, Wasiyyah Shoppe ialah pilihan tepat anda kerana :

Kes yang telah terbukti di Mahkamah.

Keberkesanan dokumen yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe telah terbukti berkesan di Mahkamah apabila lebih dari 30 perintah penghakiman Hibah telah diperolehi dari Mahkama`h Syariah di seluruh Malaysia dengan 50 kes pusaka telah diselesaikan dalam tempoh purata antara 4 hingga 6 bulan sahaja

Produk perancangan dan pengurusan harta pusaka Syariah paling komprehensif.

Dengan 14 jenis produk dan perkhidmatan, Wasiyyah Shoppe menawarkan produk dan perkhidmatan yang paling komprehensif di Malaysia. Hampir kesemua jenis aset boleh dirancang pewarisannya di Wasiyyah Shoppe malah melalui kolaborasi strategik (strategic collaboration) dengan syarikat amanah antarabangsa (international trust company), pelanggan yang mempunyai aset di luar negara juga boleh merancang pewarisan aset mereka di Wasiyyah Shoppe.

Perkhidmatan pelanggan cemerlang yang memuaskan hati pelanggan dan waris.

Ramai waris dan pelanggan telah menikmati manafaat dari perkhidmatan Wasiyyah Shoppe dan mereka telah berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan seperti pada testimoni di dalam laman web ini.

Perkhidmatan peribadi.

Wasiyyah Shoppe ialah satu-satunya organisasi di dalam industri yang memberikan perkhidmatan peribadi dengan berkunjung ke rumah bertemu waris pada bila-bila waktu apa hari sekalipun untuk memberikan khidmat rundingcara pengurusan harta pusaka. Apa yang waris mesti lakukan hanyalah menghubungi TELEWASIYYAH di 03-62579573 dan Wasiyyah Shoppe akan menghantar wakilnya ke rumah.

Perkhidmatan yang tidak membebankan waris.

Wasiyyah Shoppe menyedari hakikat bahawa di dalam industri hari ini, fi pengurusan pusaka sehingga 5% yang dikenakan kepada waris adalah satu bebanan yang amat berat untuk ditanggung. Oleh itu kesemua produk dan modul perkhidmatan Wasiyyah Shoppe telah dibentuk supaya waris menerima perkhidmatan pengurusan harta pusaka secara PERCUMA !

Organisasi yang berdaftar dengan Kerajaan.

Wasiyyah Shoppe berdaftar sebagai Francaisor dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) di bawah Akta Francais 1998. Ini bermakna operasi Wasiyyah Shoppe dipantau dan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan sekaligus menambahkan keyakinan pelanggan.

Organisasi yang beroperasi berlandaskan Syariah sepenuhnya.

Wasiyyah Shoppe menjadikan objektif menegakkan Sunnah Rasulullah SAW di dalam industri sebagai sasaran utama dan kerana itu segala operasi syarikat adalah mematuhi prinsip Syariah sepenuhnya seperti yang dipantau oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe.

Organisasi milik penuh orang Islam.

Wasiyyah Shoppe adalah organisasi yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam sekaligus menjadikan nawaitu perjuangannya jelas dan tepat.

 

Kerjaya Sambilan

Senarai Francaisi Wasiyyah Shoppe

Francaisi di Johor.Francaisi di Kelantan
Francaisi di Pahang
Berminat untuk menjadi francaisi kami?

Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!!

 

 

 


Halaman Utama
| Webmail | Berita Aktiviti | Gambar Aktiviti | Borang Maklum Balas | Akademi Pewarisan Harta (APHIM)

Hakmilik terpelihara © 2009 Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd (651471-T)
No.1 Jalan 9/42 Taman Sejahtera Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur
Telefon : 603 6250 9573 | Faks : 603 6259 2853

Paparan Terbaik 1024 x 768 dan Menggunakan Internet Explorer (IE)7 Keatas