Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

Webmail Login

Untuk mendapat berita-berita terkini dari Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd

Nama
Email
 
Program Perunding Profesional Mawarith

|| Halaman Utama / Testimoni Pelanggan

Di sini kami lampirkan antara testimoni yang telah diberi oleh pelanggan kami

Testimoni Pn. Rohani binti Mat Yasan

Saya dan suami telah mengambil keputusan untuk membuat hibah kerana ingin memastikan hak anak-anak terjamin tanpa menimbulkan masalah di kemudian hari dan Alhamdulillah dokumen hibah yang telah dibuat telah disahkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Alhamdulillah surat perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah telah memudahkan proses pengurusan harta pusaka arwah suami saya di mana perintah pembahagian daripada Pejabat Pusaka Gombak mengikut arahan tersebut tanpa sebarang persoalan.

Saya mengucapkan bebanyak terima kasih kepada pihak Wasiyyah Shoppe yg. telah membantu saya di dalam menguruskan harta pusaka arwah suami saya. Saya pasti akan memperkenalkan perkhidmatan Wasiyyah Shoppe kepada rakan-rakan dan saudara mara.

Rohani binti Mat Yasan,
Selayang, Selangor
Tarikh : 5 Mei 2008
[Untuk melihat testimoni asal]

Testimoni Hj. Zubirni dan isteri

Saya amat berterima kasih dengan Wasiyyah Shoppe kerana memperkenalkan satu cara bagaimana nak menguruskan harta pusaka saya selepas saya meninggal melalui produk yang dinamakan al-wasitah.

Dengan produk ini saya dapat menyelesaikan segala urusan harta pusaka saya dapat dijalankan secara lebih lancar tanpa membeban waris saya kelak yang mana pengurusan dijalankan dan diuruskan oleh syarikat Wasiyyah Shoppe dan pihak waris tidak perlu membayar kos-kos pengurusan pusaka saya selepas saya meninggal dunia.

Sekian terima kasih.

Yang benar
Hj Zubirni
[Untuk melihat testimoni asal]

Testimoni Kamsiah bt Abd Munir

Saya mengetahui tentang syarikat Wasiyyah Shoppe melalui adik ipar saya tentang pengurusan harta pusaka. Saya pun terus menghubungi Wasiyyah Shoppe dan selepas pengurusan harta pusaka suami dijalankan. Saya amat berpuas hati kerana Wasiyyah Shoppe memberi khidmat terus ke rumah. Dimana amat menyenangkan saya sebab saya menjaga 2 orang cucu yang masih kecil.

Sekian terima kasih.

- Kamsiah Bt Abd Munir
[Untuk melihat testimoni asal]

Testimoni Dato' Dr. Ikram Md. Said

Kami sekeluarga amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberi iaitu cepat, tepat dan mesra pelanggan.

- Dato' Dr. Ikram Md. Said, Kajang
[Untuk melihat testimoni asal]

Testimoni Kapt (B) Hj Abdul Karim b. Gulapdin

Perancangan pengurusan harta amat penting bagi seseorang itu membuat persediaan sebelum seorang itu meninggal dunia kerana Insya Allah tidak akan terjadi perebutan harta pada ketika itu kelak, kerana semuanya telah diatur.

Saya telah didatangi oleh seorang pengurus daripada Wasiyyah Shoppe dan telah memberi penerangan dengan teliti bagaimana harta peninggalan itu akan diurus dengan sempurna oleh mereka tanpa menyusahkan waris-waris selepas seseorang itu meninggal dunia yang mana kita tidak dapat lari daripadanya.

-Kapt (B) Hj Abdul Karim b.Gulapdin
14 Februari 2008
[Untuk melihat testimoni asal]

Testimoni Zulkefli b. Hj Yaacob

Saya seperti nama diatas ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Wasiyyah Shoppe kerana memperkenalkan produk pengurusan harta mengikut syariah di samping tidak menyusahkan pihak waris saya selepas saya meninggal dunia kelak.

Melalui produk Al-Wasitah yang diperkenalkan amat lah baik kerana pihak waris saya tidak perlu membayar segala pengurusan harta pusaka saya selepas saya meninggal dunia.

Yang Benar
Zulkefli b. Hj Yaacob
23 Februari 2009
[Untuk melihat testimoni asal]

Testimoni Puan Rozaida bte Latip

Saya rasa amat bersyukur diperkenalkan oleh kenalan saya dengan syarikat Wasiyyah Shoppe yang menguruskan harta secara syariah.

Dengan melanggan produk Hibah saya dapat memastikan hak anak saya akan dapat secara mutlak selepas saya meninggal kelak dan di uruskan secara syariah.

Dengan pengurusan dan perkhidmatan secara peribadi dan datang kerumah yang ditawarkan oleh pihak syarikat sudah pasti tidak menyusahkan pihak waris saya didalam urusan pusaka saya selepas saya meninggal.

Sekian terima kasih

Puan Rozaida bte Latip
[Untuk melihat testimoni asal]

 

 

Kerjaya Sambilan

Senarai Francaisi Wasiyyah Shoppe

Francaisi di Johor.Francaisi di Kelantan
Francaisi di Pahang
Berminat untuk menjadi francaisi kami?

Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!! Temui Wasiyyah Shoppe di Facebook!!!

 

 

 


Halaman Utama
| Webmail | Berita Aktiviti | Gambar Aktiviti | Borang Maklum Balas | Akademi Pewarisan Harta (APHIM)

Hakmilik terpelihara © 2009 Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd (651471-T)
No.1 Jalan 9/42 Taman Sejahtera Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur
Telefon : 603 6250 9573 | Faks : 603 6259 2853

Paparan Terbaik 1024 x 768 dan Menggunakan Internet Explorer (IE)7 Keatas